19 June 2009

Untuk dia yang mengajar aku mengenali makna sayang....

Andainya ku pergi usah di sesali
Kerana ku sangsi adakah cinta masih di sini
Andai kau tahu ku mencintaimu
Ku pasti dirimu tak akan tega melukaiku
Sampai bila akan begini menyimpan rahsia hati
Relakan lah aku pergi
Walau cinta masih di hati Dan airmata menemani
langkahku yang semakin tak pasti Membawa kelukaan ini
Bila sampai waktu nanti ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita takdir ku terima
Oh Tuhan tunjukkan lah cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu kan bersemadi
Untuk selamanya....


Sayang... perasaan tue tak sedar bila ia mula tumbuh. Sebab itu kadang-kala perasaan benci itu boleh merubah menjadi sayang. Dari sayang pula ia menjadi cinta. Cinta...rasa belum ada yang mampu menterjemah makna cinta itu sebenarnya.setiap orang bebas mendefinisikan cinta itu mengikut kehendak rasa dan pengalaman sendiri.

Dan untuk aku sayang dan cinta... adalah membuat orang yang kita sayang dan cinta itu bahagia dan gembira.

Untuk dia,
Orang pertama yang mengajar aku untuk menyayangi orang lain dari keluarga aku sendiri. Kalau di tanyakan kenapa aku tertarik pada nya, mungkin kerana dia yang memahami. Lama aku ambil masa untuk fikir dan bawa hubungan kita ke satu tahap yang lebih tinggi. 3 tahun. Lepas 3 tahun kita kawan, baru ada nama rasmi untuk hubungan kita.

Aku ingat lagi saat pertama kali dia ucapkan sayang nya pada aku. Sampai hari ini aku ingat. Sungguh! Perasaan perempuan mana yang tak berbunga bila ada yang melamar hatinya. Tapi sayang, hubungan kita tak lama. Kenapa? Mana silapnya?

Mungkin aku yang silap sebab aku yang melepaskan kau pergi...bukan...bukan aku tak sayang, bukan aku tak menghargai perasaan dia...tapi sebab gerak rasa hati ini. Dia tak macam saat mula-mula kenal dulu. Dia yang peramah, dia yang memberi sokongan, dia yang mengambil tahu, dia yang rajin menyakat, dia yang itu dah hilang.

Aku lepaskan dia pergi...berat hati ini nak buat keputusan,tapi rasanya inilah yang terbaik. Aku lepaskan dia pergi dengan niat jika benar dia untuk aku, dan jika hubungan ini benar, dia pasti akan kembali. Mungkin saat itu tak terasa kekosongan lagi sebab masih sibuk di kelilingi kawan. Dan sekarang baru aku terfikir, sekiranya kita masih bersama dimanakah hubungan kita sekarang?

Setelah lebih 5 tahun tanpa khabar berita, hidup atau mati, sakit atau sihat, cacat atau sempurna, dia hadir kembali. Hadir memberi harapan. Puas aku ingatkan hati aku, ‘jangan letak harapan tinggi melangit, kalau jatuh nanti sakit. Tunggu dan lihat sajalah’. Hari berganti hari...ternyata kalau aku katakan kata-katanya itu sekadar janji palsu, aku tak berdosa. Setelah lebih 5 bulan melepasi hari yang di janjikan, dia masih terus sepi....Tak apalah...mungkin cerita kasih sayang kita sekadar kenangan, jadi selitan dalam lipatan sejarah. Dan pada yang selalu berjanji dan memberi harapan...janji di cipta untuk di tepati, dan harapan di bina untuk menjadi kenyataan.

Dan untuk dia...sayang yang tercipta untuk dia, yang aku timbus 5 tahun lalu, telah aku gali kembali dan sekarang adakah harus aku timbus kembali sayang itu? Atau harus aku campak kan saja ke tepi jalan?

Somebody said give love a chance... and chance is to be used not to be ignored....

0 comments:

Post a Comment