maka arakian bermulanya cerita, kota kinabalu... tak payah nak pegi jauh2. kat KK nie pun dah banyak tpt leh pegi. bagi yang nak bershopping, don't worry Sabah bukan lah kampung sangat. KK pun lebih kurang jek dengan KL and JB, cuma bangunan tinggi dia kurang skit. so, tpt shopping..
warisan square
one borneo
ade jek tempat nak shopping biase2 jek, n ada gak tpt yang jual souvenier
pasar kraftangan
ok then, kalau rasa nak bercuti plak, kalo kat KK aku syorkan korang g Pulau Manukan.
confirm korang terpegun punya, pulau nie kecik jek, setengah hari jek korang boleh abis round satu pulau. kalau nak tido sana boleh tido kat chalet sahaja. tak jauh sangat dari KK, dalm 10-15 minit naik bot.harga pun tak mahal. korang boleh gak amik pakej, boleh pergi semua pulau sekitar KK. bot boleh amik kat jeti kat Jesselton Point<--don't worry jeti nie kt tgh bandar. kalau korang main air kat sini jgn lah menjerit kalo ada tetiba binatang menyapa kaki korang..heheh --->ikan sangat jinak!
enough kot kat KK, lain2 tpt tue cam Tanjung Aru<--pantai yg meriah bila waktu malam. of course on more popular place is Karambunai Resort. tapi kalau nak masuk beach dia, korg kenalah duduk kat NEXUS resort.pastu korang jugak boleh jek g UMS, kitorang ada Aquarium kat sana. opss, lupa lak dari KK boleh jugak pergi Labuan naik feri(3 hours journey) kat Jesselton point tue jugak or kalau nak bawak kereta pergi labuan, kena pergi naik feri(4 hours) kat Menumbuk , 2 hours journey from KK. Kalau nak g labuan nak naik bot laju (5-10 minit) pun kena naik kat menumbuk.
ok, then...kita ke Kudat pulak, perjalanan dari KK lebih kurang 3 jam. tempat yg best is The tip of Borneo:Simpang mengayau. Really untouchable beauty. and aku harap biarlah terus mcm tue. mmg lawa. superb! aku dah pergi 5 kali, tapi aku still rasa nak pegi lagi.
seterusnya...kita ke Kundasang pulak. of course lah tpt yg best is Gunung Kinabalu. nak naik Gunung Kinabalu nie ikut pakej lah bagus. aku tak penah naik, tapi menurut cerita member2 yg dah naik, memang best kat atas tue. suhu tahap giga beku.that the one yg buat selalu org tak dpt sampai puncak, sebab kurang oksigen.
tak payah naik gunung kinabalu tue pun, dapat pegi kaki gunung pun dan best. ada ladang lembu, strawberry farm pun ada...
ada war memorial park...nie mcm garden zaman colonial tau..cantik
ok, so mari kita berjalan lagi..lepas kundasang kita ke ranau pulak, tak jauh kalau kundasang 3 jam dari KK, ranau hanya 15-30 minit dari kundasang. kat ranau yang best aku rasa pouring. dekat sini bukan ada kolam air panas jek tapi ada air terjun and canopi walk<--jambatan gantung antara pokok. test tengok korang gayat ke tak! kalo rasa tahan sejuk, korang boleh jugak mandi air terjun. oh ya! perjalanan untuk naik canopy walk nie 30minit berjalan kaki naik bukit K! so , lepas turun dari canopy walk, rendam lah kaki kat dalam pouring...
lepas ke ranau, kalau nak terus kan perjalanan, boleh terus ke sandakan, 6 jam dari KK. atau boleh naik flight jugak. di sandakan pun ada macam2 pulau, tapi of course lah yg popular kat sandakan is Sepilok. Yok, sape nak jumpa sedara kat sepilok!
next boleh jugak ke lahad datu...8 jam perjalanan dari KK,boleh jugak naik flight 40 minit dari KK. dan kemudian terus ke Tawau, lebih kurang 10 jam dari KK, ada jugak flight. on the way pergi Tawau, mungkin boleh singgah ke Lembah Danum. Nice place jugak. aku tak penah pergi, so tak leh cite banyak. Tawau dan semporna aku tak penah sampai lagi..tapi mmg aku nak g sana, satu2nya daerah kat Sabah yang aku tak sampai. pulau kat sana katanya lagi meletup. 3 yang popular.. Sipadan, Mataking dan Mabul.
last place, kira ke daerah pendalaman skit, ke Tenom. on the way ke Tenom nie, korang akan jumpa Gunung Emas ataupun Gunung Mulu. boleh tahan sejuk jugak lah. aku dah merasa terstuck kat atas tue 4 jam lebih sebab bas rosak. it's not a tpt percutian, tp best untuk singgah sebentar. kat Tenom, apa yg best? ada Taman Pertanian. apa yang ada? Ada buah, ada bunga, ada rempah...nice place..macam dekat dusun.kat sini ada buah ajaib tau, kalau makan buah tue, pas2 makan lah apa saja semua rasa manis.
wah, panjang lak entry kali nie, byk jugak cerita tentang sabah nie. boleh di katakan it's the place untuk orang yang suka dengan natural beauty lah. aku syukur sangat aku dpt belajar kat Sabah, kalau tidak, aku rasa aku takkan jejak Sabah nie. And I wish to come back again!
0 comments:
Post a Comment